AT-10-TION GURLZ~
Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris, dihantuk serpih,
dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian;
ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...
Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu;
kerana malu itu, sebahagian daripada iman.
*baca..faham..amal..gud luck! >.<
*baca..faham..amal..gud luck! >.<

